Showing posts with label fikirkanlah. Show all posts
Showing posts with label fikirkanlah. Show all posts

Monday, March 28, 2011

friend vs conflict

okayh...
suma orang ada sahabat...tak kira la..sahabat baik..sahabat selamanya..sahabat biasa..sahabat akrab...
dan pendapat lisa..suma orang ada sahabat karib nya sendiri....yang setia bersama susah dan senang..
to my friends..dari tadika sampai sekarang..yang bestfriend...terlalu banyak bestfriend lisa...sebab dari kecik asek pindah skolah kan..Alhamdulillah..masih contact lagi walaupun jarang...dan sangat jaoh....TERIMA KASIH KERANA MENJADI SAHABAT SAYA...

kata orang..sahabat biarlah berpada-pada...sama gak macam buat baik..biarlah berpada-pada
ayah lisa salu cakap..kawan kita kadang-kadang boleh mengubah kita...
jadi bijaklah memilih sahabat...

dalam bersahabat..pasti ada konflik....
yer la...mungkin ada yang kawan tersilap cakap..tersilap buat..
lagi2 pempuan kan..yang ada "tempoh sensitive" orang cakap sikit dah terasa..
tapi sebagai sesama perempuan...kita patut faham..jangan la kita cepat geram gak kat kawan kita yang cepat "touching" tak tentu pasal..may be dia tengah berada kat "fasa genting" seorang gadis..
tapi kalo sekali skala sentap tak per la..tapi macam mana ngan orang..sentap memanjang??
hangen tak tentu pasal???
masam sentiasa???
eh helllloooooooo~~~~ anda ingat anda cantek???..langsung tak okay...
geram kan..kalo kita tak taw apa-apa ..tiba-tiba orang tu...muka masam..tak cakap apa...
alamak kawan...tak okay la macam tu...bersikap matang la sikit...
kang dah masok dunia keje..bawak perangai macam tu..susah la nak survive babe...
memang tak da orang tahan bersahabat ngan anda...mungkin anda bertukar sahabat seperti tukar selipar...(pakai dalam tempoh agak sederhana lama..then terpaksa tuka..)
mungkin ada orang akan sabar layan anda...tapi saya pasti..orang itu sedang dilanda kemelut untuk berusaha lari dari anda...tak percaya?? tunggulah time dah tak jumpa kawan anda tu..next sem ke...cuti sem ke...ada dia sebok tanyer khabar anda?? kalo tak da...mungkin ada sesuatu yang anda tak sedar...bila jumpa lagi..dia pun layan anda macam tu jer...
lain la kawan anda..bila dah jumpa balik setelah sekian lama tak jumpa...excited giler jumpa anda..banyak citer nak citer...peluk2..laga2 pipi (standard perempuan kan)..kalo tak macam tu..hurmm..anda sangat kesian...
sahabat...anda jangan berharap orang sentiasa memahami anda...tapi anda tak cuba memahami orang lain..mana boleh macam tu...asek orang jer nak tahan ngan perangai anda...tiba masanya..orang akan mencapai tahap klimaks..giler2 tak tahan ngan anda..anda mungkin kehilangan seorang sahabat yang baik...
setiap konflik yang berlaku dalam persahabatan..hendaklah anda bersikap matang dan positif..
bermasam muka...tak tegur bukan la penyelesaian terbaik...
mungkin masalah tu tak leh bincang..apa kata anda cuba bersabar jer..kadang2 senyap adalah cara terbaik...mungkin anda termarah ke kat kawan anda tu..senyap jer..bagi ruang kat diri anda untuk menyejukan perasaan anda...dah okay...buat seperti macam biasa...bukan dengan cara bermasam muka tak tentu hala..macam orang gila...oooppssss...sorry...tapi hakikatnya macam tu..
sedarlah..orang yang asek stress...cepat marah...mati pun cepat...sebab...banyak sakit datang bila kita tak reti control perasaan...orang pun cepat meluat kat kita..kalo asek-asek nak wat perangai....
jangan ingat orang lain tak der perasaan..nak sabar jer ngan perangai hodoh anda itu...tak pasal2 orang lain pon naik tekanan darah jugak..sebab tension kena layan perangai anda tu...kesian orang lain tu...
kadang-kadang..kita perlu fikirkan ..kenapa kita tak ramai kawan...
mesti ada sebab...dunia ini luas..manusia ramai..jadi peluang untuk mendapat kawan pun ramai.. orang akan senang berkawan dengan kita bila kita menyenangkan..
susah taw hidup tak de kawan...tak semua benda kita boleh kongsi or mintak tolong ngan family.. ada jugak kita memerlukan insan yang bergelar sahabat...
jadi jangan lah kita tak menghargai sahabat kita...
jika anda boleh menilai personaliti dan keburukan orang lain..kenapa tidak nilai personaliti dan keburukan diri sendiri dulu???
jadi kawan...hargai lah sahabat anda yang ada..walaupun dia tak bawak apa2 kepentingan dalam diri anda...tapi dia tetap manusia biasa yang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing..
jangan lah anda bersahabat atas dasar kepentingan diri anda sendiri...
jangan lah bermasam muka bermusuh dengan sahabat anda..kerana mungkin anda memerlukan dia suatu hari nanti...nanti siapa yang rugi?? sudah tentu anda sendiri yang rugi kerana tak menghargai seorang dan nilai sahabat...

sekian..terima kaseh...

bukan lah bermaksud menyindir atau pun apa..tapi berbicara kerana akal dan juga fikiran serta pemerhatian secara am...maaf jika ada terkasar bahasa dan tersilap ayat...

i love my friends...thanks for being my friend...

Monday, October 25, 2010

sejarah wajib lulus...!!


ketika lisa sedang asek belajar subject CTU yg ala2 sejarah..
tiba-tiba lisa teringin nak baca news
so online la berita harian online...
tengah meng'usha' tajuk-tajuk menarik..
terjumpa la tajuk menarik sejarah wajib lulus tahun 2013..
wah!!...kesian kat adik-adik lisa yang tak suka subject sejarah..
kalo sejarah tak lulus alamatnya terima nasib yang sama macam tak lulus bahasa Melayu..
honestly..secara jujur dan ikhlasnya...lisa amat bersetuju dengan cadangan ini..
generasi sekarang wajib tahu sejarah Malaysia terutamanya..
bagaimana perjuangan wira-wira kita mendapat kemerdekaan..
betapa gemilangnya kerajaan Melayu suatu ketika dulu..
betapa susahnya kehidupan datuk nenek kita ketika dijajah dahulu...
dengan itu..barulah generasi sekarang akan lebih menghargai kehidupan yang mereka alami sekarang..
betapa senangnya hidup mereka sekarang..
dengan mempelajari sejarah..generasi sekarang akan lebih bersyukur dengan apa yang mereka kecapi sekarang ni..
kalo sejarah tu tak wajib lulus..student pun blaja biasa-biasa jer..yer la..kalo failed pun bukan de efek apa sangat pun..
nasib baik sejarah..kalo dibuatnya matematik wajib lulus..or wajib kredit..(saat itu lisa bersyukur dah lepas SPM)
lepas tu..sejarah jugak akan diajar kat sekolah rendah..
akan diselit sedikit kat subject kajian tempatan..
memang patut la sangat-sangat..
nanti tak la adik-adik masok sekolah menengah gerun ngan subject sejarah sangat
ingat time mula-mula masok skolah menengah dulu..akak-akak..abang-abang senior cakap..sejarah susah giler...punya lah gerun ngan subject sejarah ni..apapun..matematik tetap susah..hheheheeh..
adik lisa and cousin lisa..suma mengadu sejarah susah..bila dah masok sekolah menengah..subject sejarah la yang akan mencacatkan result dyorg..kesian gak..nak buat macam mana..pokok pangkalnya..kene minat..kalo dah tak suka subject tu..and dalam mindset cakap sejarah tu susah..tak best..sampai bila-bila tak best..
tapi bila dah dibuatnya wajib lulus..alamatnya..pulun la adik-adik neh blajar sejarah..
tapi..lisa sangat "like" la subject sejarah wajib lulus..
sebab sejarah tu subject sangat penting..
jangan sampai sejarah mungkin berulang..(lagu newboy)
we learn from history right??so dengan belajar sejarah..kita tak akan ulang kesilapan yang sama..
so..kesimpulannya..subject sejarah memang patut jadi subject wajib and wajib lulus....

Monday, October 18, 2010

berlagak


perangai manusia...
macam-macam jenis sikap...
ada sikap periang,perengus,pemarah,sombong,belagak,baik hati dan macam2 lagi lah
ada sikap yang boleh buat kita rasa marah,menjengkelkan,suka,adorable,happy,suka berkawan
hari ni lisa nak cakap pasal perangai BERLAGAK
sudah tentu perangani belagak ni buat anda rasa meluat,menyampah,menjengkelkan tak mungkin anda suka, happy,suka berkawan dengan insan yang berlagak kan??
insan yang berlagak ni, kadang-kadang dengan perkara kecil pun nak berlagak walaupun bukan milik dia...contohnya
A: wah..cantik nya kereta ko nih B..ko punya ke??(padahal si B pinjam kereta orang)
B: ha ah(jawapan xmalu) hurrmm (jawapan kurang malu) tak menjawab (jawapan separa malu)

yerr la..cakap jer la bukan dia punya kan "tak lah..kereta ni aku pinjam ngan kawan aku" sebab...B ni tak mahu orang lain tahu..yang dia bukanlah pemilik kereta tu..kalo boleh dia nak orang tu fikir dia la pemilik kereta tu~meluat kan ngan perangai orang macam ni??
lepas tu..kalau orang berlagak neh...memang dia confirm orang kaya ke,anak orang kaya ke tak per la kan...tapi..hakikatnya..dia bukanlah berasal dari keluarga kaya pun yang family pun cukup makan jer...sederhana la kiranya..or kalo student bergantung dengan duit pinjaman..
nah...layakkah mereka berlagak???
berlagak dengan barang mahal-mahal ,berjenama, gadget yang canggih...
mungkin ada yang berkata "biarlah mereka nak berlagak,duit mereka..nanti mereka gak yang bayar"
baiklah...
tapi....bagaimana kalau dia berlagak...dengan benda yang mahal, nanti asek mengeluh, tak der duit, makan pun besekat, gara-gara nak hidup macam orang lain yang mampu.
lagi-lagi lisa meluat kalau dia menyusahkan ibu-bapa yang banyak tanggungan lain
nasihat lisa, kalau anda teringin hendak hidup mewah waktu study, tapi family tak mampu, mungkin anda patut cari kerja "part time" janganlah menyusahkan family anda..tolong la kesian kat adik beradik yang lain...
lisa sendiri bukanlah seorang yang bijak menguruskan duit..
lisa bangga bila ada kawan-kawan lisa yang mendapat duit pinjaman pandai menguruskan duit, dapat pinjaman dia boleh gunakan sampai hujung sem dan sepanjang sem tak pernah pun mintak duit parents and tanpa menyusahkan parents..lisa dalam diam kagum dengan orang sebijak itu...lisa kagum sebab duit pinjaman salunya tak la banyak mana..lisa tak buat pinjaman so lisa tak berapa faham situasi orang yang dapat duit pinjaman..mungkin ada yang merasakan duit pinjaman itu lebih dari cukup, mungkin ada yang cakap..tak cukup langsung...
apapun..hakikatnya...cukup atau tak cukup..itu adalah terpulang kat individu itu sendiri..
so, jika ingin berlagak...cermin lah dahulu kat cermin...layakkah anda untuk berlagak??
and..one more thing..jangan asek mengata orang lain jer berlagak tanpa menyedari diri sendiri pun bersikap seperti itu...
semuanya pokok pangkal..muhasabah lah diri sendiri dulu,cerminlah diri sendiri dulu sebelum hebat mengata orang lain..
sekiyan...



p/s- sekadar untuk peringatan untuk diri sendiri dan orang lain

Thursday, October 14, 2010

fikirkanlah

hidup kita umpama roda..
tak sentiasa nya kita diatas..dan tak juga sentiasanya kita dibawah...
hidup kita jugak...kita jarang sedar kesilapan yang kita buat..
kerana kita asyik menunding jari kat orang lain dan mencari kesalahan diri..
kita juga jarang memandang kelemahan diri..
kerana sibuk melihat kekurangan orang lain dan mengata serta mempersendakan..
bila kita bercakap.. fikirlah dahulu apa yang ingin kita ucapkan..
kerana mungkin kita tersakitkan hati orang lain..secara kita tak sengaja..
mungkin anda mengatakan "lah..benda tu pun nak terasa..relax sudah"
ya..memang senang bagi anda...bagaimana dengan orang menerimanya..
kita xdiciptakan dengan perangai yang berbeza..ada yang lemah,ada yg tabah...
janganlah menganggap semua orang serupa sahaja..kerana anda silap..
tapi...bila benda yang sama terkena pada anda....yang lucunya..anda pun boleh terkecil hati.. mana pegi nya "lah..benda tu pun nak terasa?relax sudah"
selama ini..anda seronok mengata di belakang orang...
tanpa memikirkan perasaan orang tu..mengutuk kelemahan orang itu..
bagaimana jika orang yang anda kutuk itu tahu betapa hinanya mereka dikutuk sebegitu??
betapa sedihnya hati orang itu..
tapi adakah anda bersedia jika diperlakukan seperti itu juga???
adakah anda mampu bersabar dan tabah mendengar setiap komen2 lancang terhadap diri anda??
jika anda tidak mampu janganlah membuat perkara yang sama jika anda sendiri tidak sanggup menerima perkara yang sama...
ingat lah sentiasa...what comes around goes around...
cepat atau lmbat perkara yang sama akan berlaku terhadap diri anda...
semoga anda tabah menerima setiap ujian yang menimpa diri anda seperti mana anda lakukan terhadap orang lain..
renung2kan selamat beramal.. =p

p/s~ rasanya ini tiada kaitan dengan sesiapa yg lisa kenal..kalo ada yg rasa tersama mcm kes dia..sorry ok..xsengaja..lisa xbermaksud nak menujukan kepada sesiapa pun..cuma peringatan untuk diri sendiri jer