okayh...
suma orang ada sahabat...tak kira la..sahabat baik..sahabat selamanya..sahabat biasa..sahabat akrab...
dan pendapat lisa..suma orang ada sahabat karib nya sendiri....yang setia bersama susah dan senang..
to my friends..dari tadika sampai sekarang..yang bestfriend...terlalu banyak bestfriend lisa...sebab dari kecik asek pindah skolah kan..Alhamdulillah..masih contact lagi walaupun jarang...dan sangat jaoh....TERIMA KASIH KERANA MENJADI SAHABAT SAYA...
kata orang..sahabat biarlah berpada-pada...sama gak macam buat baik..biarlah berpada-pada
ayah lisa salu cakap..kawan kita kadang-kadang boleh mengubah kita...
jadi bijaklah memilih sahabat...
dalam bersahabat..pasti ada konflik....
yer la...mungkin ada yang kawan tersilap cakap..tersilap buat..
lagi2 pempuan kan..yang ada "tempoh sensitive" orang cakap sikit dah terasa..
tapi sebagai sesama perempuan...kita patut faham..jangan la kita cepat geram gak kat kawan kita yang cepat "touching" tak tentu pasal..may be dia tengah berada kat "fasa genting" seorang gadis..
tapi kalo sekali skala sentap tak per la..tapi macam mana ngan orang..sentap memanjang??
hangen tak tentu pasal???
masam sentiasa???
eh helllloooooooo~~~~ anda ingat anda cantek???..langsung tak okay...
geram kan..kalo kita tak taw apa-apa ..tiba-tiba orang tu...muka masam..tak cakap apa...
alamak kawan...tak okay la macam tu...bersikap matang la sikit...
kang dah masok dunia keje..bawak perangai macam tu..susah la nak survive babe...
memang tak da orang tahan bersahabat ngan anda...mungkin anda bertukar sahabat seperti tukar selipar...(pakai dalam tempoh agak sederhana lama..then terpaksa tuka..)
mungkin ada orang akan sabar layan anda...tapi saya pasti..orang itu sedang dilanda kemelut untuk berusaha lari dari anda...tak percaya?? tunggulah time dah tak jumpa kawan anda tu..next sem ke...cuti sem ke...ada dia sebok tanyer khabar anda?? kalo tak da...mungkin ada sesuatu yang anda tak sedar...bila jumpa lagi..dia pun layan anda macam tu jer...
lain la kawan anda..bila dah jumpa balik setelah sekian lama tak jumpa...excited giler jumpa anda..banyak citer nak citer...peluk2..laga2 pipi (standard perempuan kan)..kalo tak macam tu..hurmm..anda sangat kesian...
sahabat...anda jangan berharap orang sentiasa memahami anda...tapi anda tak cuba memahami orang lain..mana boleh macam tu...asek orang jer nak tahan ngan perangai anda...tiba masanya..orang akan mencapai tahap klimaks..giler2 tak tahan ngan anda..anda mungkin kehilangan seorang sahabat yang baik...
setiap konflik yang berlaku dalam persahabatan..hendaklah anda bersikap matang dan positif..
bermasam muka...tak tegur bukan la penyelesaian terbaik...
mungkin masalah tu tak leh bincang..apa kata anda cuba bersabar jer..kadang2 senyap adalah cara terbaik...mungkin anda termarah ke kat kawan anda tu..senyap jer..bagi ruang kat diri anda untuk menyejukan perasaan anda...dah okay...buat seperti macam biasa...bukan dengan cara bermasam muka tak tentu hala..macam orang gila...oooppssss...sorry...tapi hakikatnya macam tu..
sedarlah..orang yang asek stress...cepat marah...mati pun cepat...sebab...banyak sakit datang bila kita tak reti control perasaan...orang pun cepat meluat kat kita..kalo asek-asek nak wat perangai....
jangan ingat orang lain tak der perasaan..nak sabar jer ngan perangai hodoh anda itu...tak pasal2 orang lain pon naik tekanan darah jugak..sebab tension kena layan perangai anda tu...kesian orang lain tu...
kadang-kadang..kita perlu fikirkan ..kenapa kita tak ramai kawan...
mesti ada sebab...dunia ini luas..manusia ramai..jadi peluang untuk mendapat kawan pun ramai.. orang akan senang berkawan dengan kita bila kita menyenangkan..
susah taw hidup tak de kawan...tak semua benda kita boleh kongsi or mintak tolong ngan family.. ada jugak kita memerlukan insan yang bergelar sahabat...
jadi jangan lah kita tak menghargai sahabat kita...
jika anda boleh menilai personaliti dan keburukan orang lain..kenapa tidak nilai personaliti dan keburukan diri sendiri dulu???
jadi kawan...hargai lah sahabat anda yang ada..walaupun dia tak bawak apa2 kepentingan dalam diri anda...tapi dia tetap manusia biasa yang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing..
jangan lah anda bersahabat atas dasar kepentingan diri anda sendiri...
jangan lah bermasam muka bermusuh dengan sahabat anda..kerana mungkin anda memerlukan dia suatu hari nanti...nanti siapa yang rugi?? sudah tentu anda sendiri yang rugi kerana tak menghargai seorang dan nilai sahabat...
sekian..terima kaseh...
bukan lah bermaksud menyindir atau pun apa..tapi berbicara kerana akal dan juga fikiran serta pemerhatian secara am...maaf jika ada terkasar bahasa dan tersilap ayat...
i love my friends...thanks for being my friend...
No comments:
Post a Comment